Saturday, 30 March 2013

Lawatan ke Kilang Mubiplas

Assalamualaikum dan selamat malam...

Alhamdulillah..dapat jugak update blog mengikut masa yang ditetapkan..Malam ini ila nak cerita pulak pengalaman ila pergi ke kilang plastik iaitu Kilang Mubiplas..Program ini adalah di bawah Jabatan Pengurusan dan Muamalat,Akademi Pengajian Islam untuk pelajar muamalat khususnya...Untuk tahun 1 dihadkan seramai 20 orang sahaja.

Lawatan ini diadakan pada 22 Mac 2013 iaitu pada hari jumaat lepas..kami bertolak dengan menaiki bas kira-kira pukul 9 pagi..Setelah sampai,kami telah disambut oleh staff  Mubiplas..

Selepas itu,kami diberi taklimat tentang penubuhan kilang Mubiplas..Kilang Mubiplas merupakan anak syarikat Fed Group..Bermula daripada syarikat kecil dan mula berkembang hingga ke hari ini..Syarikat Fed Group dimiliki oleh Dato Sarifuddin yang juga merupakan salah seorang daripada Duta Usahawan untuk Food court village,Universiti Malaya.
Selepas itu,kami dibawa melawat tempat pemprosesan plastik..Antara syarikat yang menjadi pelanggan mereka ialah Hospital,Kedai Sate Kajang dan ramai lagi..

Kilang Mubiplas Ind sdn.bhd.


sesi taklimat

bahan membuat plastik..
kalau tak silap benda ini adalah lebihan petroleum kemudian diambil untuk
dijadikan plastik.

step 1 :sebelum menjadi plastik..

step 2 

step 3


step 4





Hasilnya:


bekas ubat gatal..

botol ubat


pembungkusan


Antara hasil keluaran kilang tersebut..botol ubat,plastik dan pinggan dan cawan plastik.

Setelah itu,kami berkumpul semula untuk sesi soal jawab..Dato Din juga memberi tips kepada kami cara untuk memulakan bisnes..Bukan susah untuk memulakan bisnes asalkan ada niat dan usaha serta pandai cari modal..Beliau juga memberi tips kepada kami sekiranya hendak menjalankan bisnes,carilah bisnes yang kekal lama iaitu produk kita akan turut digunakan sehingga pada masa hadapan dan tidak hanya sementara..contohnya pengunaan plastik masih kekal dari dulu hingga sekarang.

Setelah sesi bergambar,kami pun pulang untuk memberi laluan kepada golongan lelaki untuk solat jumaat.


Pensyarah bersama pemilik kilang Mubiplas,Datuk Din.

Pelajar Muamalat Tahun 1..


Sekian..





Sunday, 24 March 2013

Gelendangan

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah..masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara di dunia ini..Hari ini ila nak cerita sikit pasal  event yang telah ila join pada minggu lepas..

Pada hari sabtu 16 mac yang lalu,ila telah dipelawa oleh ajk2 mmi (sila lihat entri INI) untuk sama-sama menyertai gelendangan..gelendangan tu maksudnya kita bagi bantuan kat homeless pada waktu tengah malam..kami pergi area klang lama je..kalau xsilap ila la..lupa daa..
Mula-mula rasa takut jugak nak pergi..sebab takut la kalau2 terserempak dengan orang yang pelik2..yelah..KL nie kan macam2 ada..tapi alhamdulillah semua berjalan lancar..

Ajk MMI yang join ada la dalam 10 orang..kami bertolak dari kolej dalam pukul 10 malam..kami dijemput oleh volunteer Malaysia(orang yang berpengalaman dalam xtxt nie).Lepas itu,kami berhenti makan kat gerai char kuey teow sementara menunggu beberapa orang lagi yang akan menyertai kami..

gerai bom kitchen...memang terbaeek la char kuey teow dia..

Lepas dah selesai menjamu selera..orang yang ditunggu pon sampai..kami pun terus bertolak ke tempat kejadian..pastu berkumpul lagi..dengar taklimat sikit sambil prepare makanan dan minuman yang nak diedarkan..pada malam tu,kami just bagi roti canai dan air mineral..

penunjuk arah..

Bermula la xtvt kami jalan2 bagi makanan kat homeless..serius kesian tengok diorang nie..tidur beralaskan kotak je..tidur kat tangga..kebanyakkan orang tua la..


mencari gelendangan..




Ok la..itu sahaja yang nak ila kongsikan kat sini..apa yang ila dapat pelajari daripada gelendangan nie ialah kita perlulah bersyukur atas apa yang kita ada dan dapat nikmati hari ini..dan yang paling penting kita mesti berusaha untuk ubah kehidupan kita..

Sekian,terima kasih...Assalamualaikum..:)

cc gambar daripada Volunteer Malaysia





Friday, 15 March 2013

Minggu Manifestasi Islam 2013

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat petang..
Apa khabar semua?semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera..in shaa Allah..
Alhamdulillah..masih diberi peluang untuk update blog walaupun agak sibuk kebelakangan ini..

In shaa Allah..hari ini ila nak kongsi pasal program Minggu Manifestasi Islam (MMI) anjuran JKP Kerohanian dan Perpaduan kolej kediaman Kurshiah..Alhamdulillah ila dipilih sebagai ajk hadiah dan pendaftaran..

Program ini bermula pada 4-10 mac 2013 iaitu selama seminggu..Objektif program ini ialah untuk menambah ilmu pengetahuan,kefahaman, dan kebolehan dalam mempraktikkan amal-amal agama Islam dengan baik.

Pelbagai acara telah disediakan..Antaranya Sembang Santai bersama Selebriti Pilihan iaitu Yatt Hamzah dan Fedtri Yahya,Pertandingan Tilawah Al-quran dan Hafazan,Pertandingan Puisi,Ceramah bersama Ustaz Pilihan,Kuiz Islam,Pertandingan menulis Khat dan Malam Simfoni Amal dan Battlefield Live.


Banner MMI

Malam Simfoni Amal bersama Q-Voice dan Al-harrar

Sebelum Pertandingan Battlefield Live


Alhamdulillah banyak benda baru ila belajar daripada program ini..Sebelum mengakhiri kalam,ingin ila kongsi video sepanjang program MMI berlangsung.

Wassalam...




Wednesday, 6 March 2013

Pesta Ko-K 2013

Assalamualaikum and good evening..

I would like to invite you to go Pesta Ko-k  in University of Malaya..

PESTA KO-K
Date : 30th May 2013
Venue : Dewan Tunku Canselor,University of Malaya.
Time :9 a.m-10pm

Breakdown : 9 am-4pm :Exhibition
                     7.30pm-9pm : Performance

Key Points :
  • Part of the program is the Cultural Night
  • NGOs who are engaged in the education,care or caunselling services to youth.
  • A venue to showcase student's skills & talents can also be a venue to inform,show & disseminate to our society & nearby community what our students to do during the semester.






Saturday, 2 March 2013

A Beginning Step

Assalamualaikum w.b.t and good evening..


بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." Hadith Riwayat Bukhari

Blog adalah satu medan nasyru fikr atau bahasa Melayunya,penyebaran fikran yang baik.
(Batu-Bata Kehidupan,Hilal Asyraf)


Manusia akan MATI bila-bila masa...tetapi TULISAN boleh KEKAL selama-lamanya...maka tulislah PERKATAAN yang menyebabkan kita GEMBIRA di akhirat kelak..(Al-Habib Umar bin Hafiz)


Mudah-mudahan blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua..insyaAllah...:)