Saturday, 30 March 2013

Lawatan ke Kilang Mubiplas

Assalamualaikum dan selamat malam...

Alhamdulillah..dapat jugak update blog mengikut masa yang ditetapkan..Malam ini ila nak cerita pulak pengalaman ila pergi ke kilang plastik iaitu Kilang Mubiplas..Program ini adalah di bawah Jabatan Pengurusan dan Muamalat,Akademi Pengajian Islam untuk pelajar muamalat khususnya...Untuk tahun 1 dihadkan seramai 20 orang sahaja.

Lawatan ini diadakan pada 22 Mac 2013 iaitu pada hari jumaat lepas..kami bertolak dengan menaiki bas kira-kira pukul 9 pagi..Setelah sampai,kami telah disambut oleh staff  Mubiplas..

Selepas itu,kami diberi taklimat tentang penubuhan kilang Mubiplas..Kilang Mubiplas merupakan anak syarikat Fed Group..Bermula daripada syarikat kecil dan mula berkembang hingga ke hari ini..Syarikat Fed Group dimiliki oleh Dato Sarifuddin yang juga merupakan salah seorang daripada Duta Usahawan untuk Food court village,Universiti Malaya.
Selepas itu,kami dibawa melawat tempat pemprosesan plastik..Antara syarikat yang menjadi pelanggan mereka ialah Hospital,Kedai Sate Kajang dan ramai lagi..

Kilang Mubiplas Ind sdn.bhd.


sesi taklimat

bahan membuat plastik..
kalau tak silap benda ini adalah lebihan petroleum kemudian diambil untuk
dijadikan plastik.

step 1 :sebelum menjadi plastik..

step 2 

step 3


step 4





Hasilnya:


bekas ubat gatal..

botol ubat


pembungkusan


Antara hasil keluaran kilang tersebut..botol ubat,plastik dan pinggan dan cawan plastik.

Setelah itu,kami berkumpul semula untuk sesi soal jawab..Dato Din juga memberi tips kepada kami cara untuk memulakan bisnes..Bukan susah untuk memulakan bisnes asalkan ada niat dan usaha serta pandai cari modal..Beliau juga memberi tips kepada kami sekiranya hendak menjalankan bisnes,carilah bisnes yang kekal lama iaitu produk kita akan turut digunakan sehingga pada masa hadapan dan tidak hanya sementara..contohnya pengunaan plastik masih kekal dari dulu hingga sekarang.

Setelah sesi bergambar,kami pun pulang untuk memberi laluan kepada golongan lelaki untuk solat jumaat.


Pensyarah bersama pemilik kilang Mubiplas,Datuk Din.

Pelajar Muamalat Tahun 1..


Sekian..





No comments:

Post a Comment