Sunday, 12 May 2013

Program Bakti Siswa Permata 2013 (BASIP'13)

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dapat juga update blog..hmmm...sebenarnya  ila nak story pasal satu program yang ila join pada cuti mid sem yang lepas iaitu progran bakti siswa Permata (BASIP'13)..program ini adalah di anjuran Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA)..

Homestay Teluk Ketapang

Program ini telah dilaksanakan pada 6-9 April 2013 di Homestay Teluk Ketapang,Kuala Terengganu..Program ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara peserta dengan keluarga angkat..
Peserta yang menyertai program ini adalah kira-kira 80 orang yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza..
Ketibaan Peserta
Setelah sampai di sana,kami diberi taklimat oleh pihak penganjur..kemudian kami mula diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing.Pada sebelah petangnya,kami menjalankan gotong-royong membersihkan surau serta balai raya di kampung tersebut.

Majlis Penyerahan Keluarga angkat
Pada hari kedua pula,kami telah dibahagikan kepada beberapa  5 kumpulan untuk menjadi fasilator di beberapa sekolah di sekitar Kuala Terengganu..ila dipilih untuk menjadi fasilator kepada adik-adik tingkatan 6 di Sek.Men.Keb.Sultan Ahmad(SMKSA)..Mula-mula pergi macam-macam ada dalam minda..takut la..berdebar la sebab bukan senang nak jadi fasilator,tambahan pula kepada pelajar tingkatan 6 yang semestinya sudah berfikiran matang..tapi alhamdulillah sampai je kat SMKSA,kami dijsambut dengan baik oleh guru-guru serta pelajar di sana..Pada mulanya,kami merancang ingin membuat 5 aktiviti tapi disebabkan masa yang diberikan kepada kami tidak mencukupi..Walaupun begitu,kami dapat melaksanakan aktiviti dengan baik..Alhamdulillah adik-adik juga memberi respon yang sangat baik kepada kami sehingga tidak puas rasanya..hehe..

bergambar bersama adik-adik SMKSA.

Kira-kira pukul 5 petang,kami ke pantai untuk bermain sukaneka..macam-macam permainan telah diadakan antaranya tolak kereta sorong dan tutup paip air. .tapi group ila tak menang hadiah sebab group ila paling lambat..:(
that's me!!

Pada sebelah malam pula,kami membuat persembahan kebudayaan serta bbq..kami juga dipersembahkan kebudayaan masyarakat di homestay Teluk Ketapang..


Keesokannya,kami dibawa melawat tempat-tempat menarik di Terengganu..Antaranya,tempat pemprosesan keropok lekor..Actually ila sebenarnya orang Terengganu..jadi dah tau la sikit-sikit cara orang membuat keropok lekor.Selepas itu,kami menaiki bot penambang untuk ke pusat bandar...first time naik bot..seronok sebab dapat lihat keindahan sungai..Tempat pertama kami pergi ialah masjid kristal..Selepas itu,kami dibawa ke Taman Tamadun Islam (TTI) untuk melihat reptika masjid-masjid yang popular di dunia seperti masjid Taj Mahal dan Masjid Negara..Kemudian kami pergi ke pusat bandar untuk membeli cenderamata..Tidak dilupa juga,kami singgah ke pasar payang..dan tempat terakhir kami ziarah ialah bukit Puteri..Menurut sejarah,bukit Puteri wujud kerana turunnya tujuh orang puteri ke dunia..ila pon tak tahu sangat kisah dia..sebelum ini,ila tak tahu pon tempat sejarah macam tu ada kat Terengganu..huhu..


Ok..aktiviti pada hari terakhir ialah explore sekitar homestay..alhamdulillah,group ila dapat nombor empat..Seterusnya,kami bersama keluarga angkat untuk bersalam-salaman sebelum bergerak pulang ke rumah masing-masing..

Alhamdulillah..macam-macam yang ila dapat daripada program tersebut..seronok sangat dapat meluangkan masa bersama keluarga angkat..mudah-mudahan selepas ini ila dapat menyertai program seperti ini lagi khususnya di negeri lain..inshaAllah...

Sampai di sini sahaja coretan ila...Assalamualaikum dan selamat malam...:)

No comments:

Post a Comment